DuniaPalestinSemasa

#Tolak normalisasi!

Israel mahu rapatkan hubungan dengan Malaysia, Indonesia, Brunei

KAJANG :  Trending di Twitter hari ini, mengenai tanda pagar #tolaknormalisasi serta #israelisterrrorism. Peningkatan ciapan aplikasi media sosial itu adalah susulan daripada kemarahan netizen terhadap hasrat Duta Israel ke Singapura yang mahu menjalinkan hubungan rapat dengan Malaysia dan Indonesia.

Rata-rata netizen, terutamanya anak-anak muda menentang sebarang hubungan atau normalisasi dengan Israel seperti yang dicadangkan oleh  Sagi Karni itu bagi tiga negara Islam di Asia Tenggara.

Jumaat lalu, Karni dalam satu kenyataannya kepada The Jerusalem Post, menyatakan hasrat Israel untuk merapatkan hubungan dengan Indonesia dan Malaysia juga Brunei. Kenyataannya juga banyak disiarkan oleh media Israel.

Sebelum ini, tiga negara mempunyai majoriti penduduk beragama Islam di Asia Tenggara itu dalam satu kenyataan bersama mengecam serangan 11 hari Israel ke atas Semenanjung Gaza yang mengorbankan lebih 250 orang warga Palestin Mei lalu.

Duta Israel ke Singapura, Sagi Karni

Kuala Lumpur, Jakarta, dan Bandar Seri Begawan bersepakat menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya campur tangan untuk menghentikan ‘serangan tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk Palestin’.

Karni bagaimanapun mendakwa kritikan daripada pemimpin ketiga-tiga negara itu adalah ‘tidak jujur’ dan ‘tidak berasaskan keadaan sebenar konflik’ yang disifatkan Karni sebagai konfrontasi antara Israel dengan Hamas dan bukannya Israel terhadap semua warga Palestin.

“Hamas adalah sebuah organisasi anti-Yahudi  dan saya tidak tahu berapa ramai individu di media sosial yang benar-benar faham betapa radikal dan fasisnya Hamas,” katanya.

“Satu-satunya cara untuk mempunyai pengaruh besar ke atas apa yang berlaku di Asia Barat adalah dengan mewujudkan hubungan dengan Israel. Kami bersedia untuk berbincang dan bertemu. Saya tidak fikir pemimpin negara-negara itu sukar untuk menghubungi kami,”  – Duta Israel ke Singapura / Sagi Karni

Memetik Palestin Chronicle,  Karni menyebut Israel perlu mempertahanan rakyatnya tetapi tidak mahu bersengketa dengan mana-mana negara di Asia Tenggara.

Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, malah telah berulang kali meminta penjajahan ke atas wilayah Palestin di Tebing Barat oleh Rejim Zionis ditamatkan.

Negara-negara lain di Asia selain Singapura yang mempunyai kedutaan Israel ialah  Vietnam, Thailand, Myanmar dan Filipina.

Empat buah negara Arab pula yang menjalankan normalisasi dengan Israel ketika ini ialah Emiriyah Arab Bersatu, Bahrain, Sudan dan Maghribi. Mereka bersetuju menjalin hubungan diplomatik dengan Israel di bawah perjanjian yang ditaja oleh Amerika Syarikat.

Sehingga berita ini ditulis  Kementerian Luar, belum memberi reaksi terhadap kenyataan Duta Israel ke Singapura itu. 

*******MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button