Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday
YAN : Fenomena kepala air kembali terjadi hari ini bermula awal pagi di Titi Hayun ekoran hujan lebat menyebabkan arus deras dan limpahan air di kawasan sekitarnya.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, setakat ini anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak masih melakukan pemantauan di kawasan itu sejak 11.15 pagi.
“Setakat ini keadaan air masih terkawal dan kami turut memberi peringatan kepada penduduk di kawasan sekitar agar berhati-hati.
“Seramai enam anggota dan pegawai dari BBP Guar Chempedak berada di lokasi bagi melakukan pemantauan setiap empat jam terutama di kawasan berisiko,” katanya.
Menurut penduduk tempatan, Nasir Shuib, 47, berkata fenomena kepala air kali ini tidak seteruk dahulu (18 ogos).
“Buat masa ini hanya kampung Titi Hayun sahaja terjejas susulan sungai yang cetek akibat hujan lebat maka limpahan air daripada Gunung Jerai membuatkan air di sungai melimpah keluar.” katanya ketika dihubungi.
Oleh Nurshazlin Shahrom
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038