Tinjauan udara selesai, gerakan darat menyusul
80 pasukan MAPIM bersedia bergerak ke kawasan banjir

KAJANG : Ketua misi Kecemasan Bantuan Banjir MAPIM (Dr.) Sani Araby selamat mendarat di Kajang hari ini, setelah dua hari membuat tinjauan udara serta mengagihkan 250 pek makanan kepada mangsa banjir dan petugas yang terlibat.
Turut serta dalam misi itu ialah Tuan Azlan Al Amin selaku penaja pesawat udara, aktivis MAPIM Maulana Helmi, Setiausaha Agung Mejar Zulhanis Zainol, dan wakil Media MAPIM.
Menurut (Dr.) Sani Araby, hasil tinjauan yang dibuat di beberapa kawasan sekitar Chenor, Maran, Temerloh, dan Kuantan mendapati, beberapa kawasan masih dinaiki air.
Terdapat sesetengah kawasan di Chenor yang terjejas teruk sehingga ke paras bumbung.
Beberapa laluan utama turut ke Maran dan Jerantut turut terputus hubungan.
Sehubungan itu, menurut (Dr.) Sani, tinjauan yang dibuat dalam fasa pertama misi bantuan banjir bakal menentukan gerak kerja Mapim dalam masa lima hari lagi.
Sementara itu, menurut Jabatan Pengairan Malaysia, status air semasa di Maran, sehingga jam 3.20 petang, aras air sungai Sungai Kundang Maran adalah 23.1m iaitu melebihi paras bahaya sebanyak 0.1m, dan tren aras air menunjukkan tanda menaik.
Pasukan awal misi bantuan banjir turut melawat Sekolah Kebangsaan Kertau yang menjadi salah sebuah pusat pemindahan banjir.
Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan dijangka berterusan sehingga hujung minggu ini, dan boleh menyebabkan air naik di beberapa kawasan.
Setakat jam 6:00 petang ini, menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah terkini mangsa banjir di Pahang berjumlah 22,897 orang daripada 6,222 keluarga di 280 Pusat Pemindahan Sementara.
MAPIM tekad membantu mangsa banjir yang terjejas dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta agensi kerajaan yang lain.
________________________________
MAPIM kini melancarkan misi khas bantuan kecemasan untuk semua mangsa banjir.
Antara bantuan kecemasan yg akan digerakkan segera adalah
– 10,000 kotak bantuan makanan
– 5,000 kotak hygience kit
– Food Truck Makanan Panas utk petugas dan mangsa
– Double-Decker Mobile Clinic utk rawat mangsa dan mereka yg memerlukan
– double decker bas membawa 80 aktivist MAPIM
– Team pasca banjir utk bersihkan kawasan/rumah
– Bantuan lain mengikut keperluan semasa dilapangan
Sumbangan boleh dibuat melalui:
▶️ www.bantuummah.com
▶️ www.bantuummah.com
▶️ www.bantuummah.com
atau
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066
/ Muhammad Haiqal Bin Nor Wahid