Semasa

Tindakan tegas bakal dikenakan terhadap wanita tunai umrah pakai ihram – Idris

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad, memberi jaminan tindakan tegas menanti terhadap seorang wanita yang didakwa mengerjakan umrah dengan mengenakan pakaian ihram lelaki.

Idris dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan beliau telah menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membuat siasatan lanjut setibanya individu tersebut di Malaysia nanti.

“Isu ini melibatkan hakam hukum agama, tindakan tegas akan dikenakan,” menurut hantaran tersebut.

Tambahnya, pihaknya juga telah menghubungi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk mengenakan tindakan tegas terhadap agensi yang menguruskan invidu tersebut jika benar dakwaan seperti yang ditularkan.

Idris berkata demikian bagi mengulas mengenai rakaman video berdurasi 17 saat yang memaparkan seorang wanita dari Malaysia menunaikan umrah memakai ihram lelaki di hadapan Kaabah.

Perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna Twitter yang mendakwa individu bernama Nur Syazwani Mohamad Resad memuat naik video dia kini berada di hadapan Kaabah.
Perbuatan biadap individu ini menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya umat Islam yang menganggap ia satu perkara yang mempersendakan agama dan memohon agar dia segera bertaubat.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button