PolitikSemasa

Tindakan tegas akan diambil kepada ‘Penunggang Agama’

Cadangan telah dikemukakan kepada Agong

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah mengemukakan cadangan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah agar tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang mempermainkan serta menunggang agama Islam.

Anwar berkata cadangan itu juga telah dikemukakan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah setelah dibincangkan bersama kedua-dua Timbalan Perdana Menteri-nya iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia

“kalau kamu tunggang agama, permainkan hukum Allah, menghukum orang, memfitnah orang, fitnah yang besar, nak kafirkan orang yang tak sokong dia adalah musuh Allah, saya nak beritahu malam ini we will not tolerate with this nonsense (kita tidak akan bertolak ansur dengan karut ini)”, tegas beliau.

Anwar berkata cadangan tersebut adalah bagi mempertahankan kepentingan semua rakyat Malaysia, bukan sahaja untuk kaum Melayu.

“Ya kita tingkatkan fahaman Islam, penghayatan Islam. Kita tingkatkan penguasaan Bahasa Melayu dan mantapkan martabat Bahasa Melayu (sebagai) bahasa pengantara dan bahasa ilmu. Kita jamin keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dan kita muliakan kedaulatan Raja-Raja Melayu“.

“Tetapi dengar sini baik-baik, jangan kita hina mana-mana anak Malaysia daripada mana-mana kaum…Setiap rakyat, baik Dayak di Kapit, Cina, India beragama Hindu, semua itu warga kita dan mesti kita pertahankan“, ujarnya.

Perdana Menteri berkata ini kerana rakyat daripada semua kaum di Malaysia berhak untuk disantuni dan mendapat pembelaan sewajarnya.

BACA JUGA
Islamofobia: Dengan berselawat, akan selesai semua masalah

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button