Semasa

Tiga tentera Syria terbunuh dalam serangan tentera Israel

DAMSYIK : Tiga tentera Syria terbunuh dalam serangan tentera Israel berhampiran Damsyik pada pagi Khamis, menurut media rasmi Syria.

Ia adalah pengeboman keempat rejim Zionis di Syria bulan ini, menurut laporan.

Menurut agensi berita rasmi SANA, musuh Israel melancarkan serangan udara dengan menggunakan beberapa buah peluru berpandu.

Ia seterusnya mendakwa bahawa Kementerian Pertahanan Syria memintas kebanyakan peluru berpandu Israel yang dilepaskan semasa serangan itu, yang berlaku pada jam 1.10 pagi.

letupan kedengaran di Damsyik dan pinggir bandar raya tersebut, menurut Pertubuhan Badan Pemantau Untuk Hak-hak Asasi Syria yang berpangkalan di Britain.

Israel telah melakukan ratusan serangan udara ke atas wilayah Syria sejak konflik perang saudara bermula pada 2011.

Ia menyasarkan kedudukan kerajaan dan tentera sekutu yang disokong Iran serta para anggota gerakan militan Syiah, Hizbollah.

Israel jarang mengulas secara terbuka tentang operasinya di Syria.

-AGENSI

 

Related Articles

Back to top button