BanjirSemasa

Tiga sungai di Pahang cecah paras bahaya

KUANTAN : Tiga sungai di Pahang cecah paras bahaya setakat jam 2:30 petang tadi.

Berdasarkan data yang dikeluarkan  portal Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai tersebut melibatkan Paya Gintong, Jerantut, Sungai Serting di Jam. Padang Gudang, Bera dan Sungai Luit, Kampung Subuh, Maran.

Selain itu, dua sungai iaitu Sungai Luit di Kampung Subuh merekodkan bacaan 28.2m, melebihi paras bahaya 28m, serta di Paya Gintong, Jerantut, pada paras 45.98 meter (m), melebihi tahap bahaya 45m.

Bagaimanapun, kedua-dua sungai ini menunjukkan trend menurun.

Kemas kini terkini di portal JPS, Sungai Serting di Jam. Padang Gudang, Bera, trend aras air tidak menunjukkan sebarang perubahan dengan mencatatkan 33.39meter (m), melebihi tahap bahaya 30.5m sekitar jam 2:30 petang.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan peka dengan maklumat banjir yang dikeluarkan portal Public Info Banjir JPS.

 

 

 

Related Articles

Back to top button