MEKAH: Malam ke-27 Ramadan adalah tidak seperti malam-malam Ramadan yang sebelumnya. Ini kerana dari sudut spritual, malam itu mungkin menjadi malam istimewa Lailatul Qadar dan ia angka ganjil pada 10 hari di bulan Ramadan.
Media melaporkan 3 juta jemaah dari seluruh dunia berkumpul di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada malam ke-27 Ramadan untuk menunaikan ibadah tarawih dan amalan sunnah.
Tak hanya di Masjidilharam, para jemaah juga memenuhi Masjid Nabawi pada Isnin, laporan tidak rasmi menunjukkan seramai 1.5 juta umat Islam solat malam di Masjid Nabawi dan sekitarnya.
Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Syeikh Al-Sudais, berkata segala urusan pergerakkan jemaah berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesesakan dan dalam keadaan yang selesa.
“Walaupun berjuta-juta jumlahnya, kami telah memaksimumkan penyelarasan dengan sistem keselamatan yang baik menyebabkan ketiadaan kesesakan, Alhamdulillah,” katanya.
Selain itu, kerja pembersihan, pembasmian kuman dan pensterilan telah digandakan dan jumlah petugas pembersihan telah ditingkatkan sepanjang masa untuk memenuhi peningkatan jumlah jemaah.
Penasihat dan Timbalan Presiden Besar Eksekutif serta Lapangan di Kepresidenan Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdulaziz Bin Ali Al–Ayoubi juga mengesahkan agensi perkhidmatan dan lapangan telah mempersiapkan Masjid Nabawi pada kapasiti penuh.
Pictures: Masjid An Nabawi on the 27th night of Ramadan. pic.twitter.com/CP5irGgbo2
— The Holy Mosques (@theholymosques) April 18, 2023