Semasa

Tiga jenis kenderaan mikromobiliti dilarang digunakan di jalan raya

PUTRAJAYA : Larangan penggunaan tiga kategori kenderaan jenis mikrobiliti di aas jalan raya ditetapkan berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata larangan itu dibuat menerusi pewartaan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Mikromobiliti Tertentu) 2021 (Kaedah) yang sudah berkuat kuasa pada 17 Disember lalu.

Menurutnya, ia melibatkan moped, Personal Mobiliti Devices (PMD) iaitu skuter berkuasa elektrik, kuasa enjin pembakaran dalaman atau pun kuasa manusia yang mempunyai kelajuan maksimum 50 kilometer sejam serta Personal Mobiliti Aids (PMA).

“Penggunaan basikal haruslah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 meskipun tiada larangan.

“Bagi basikal dengan bantuan elektrik atau basikal elektrik, hanya yang memenuhi spesifikasi Malaysia Standard, MS2514: Electric Bicycles (Electric Pedal Assisted Bicycles) Specification dibenarkan digunakan di atas jalan raya,” katanya pada sidang media hari ini.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata tragedi sama seperti nahas basikal lajak yang meragut nyawa lapan kanak-kanak kemungkinan boleh berlaku sekiranya menggunakan kenderaan mikromobiliti menerusi percampuran dengan aliran trafik bersama kenderaan lain di jalan raya

Katanya, kompaun sehingga RM300 seperti diperuntukkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) menanti mana-mana individu yang menggunakan kenderaan berkenaan di atas jalan raya.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button