PalestinSemasa

Tiga cedera apabila peneroka haram israel serang rakyat Palestin

Tiga rakyat Palestin cedera diserang oleh peneroka haram israel berhampiran bandar Nablus Tebing Barat yang diduduki, menurut media tempatan.

Peneroka Yahudi haram menyerang kampung Asira al Qabliya di selatan Nablus dan menyerang tiga penduduk, lapor agensi berita rasmi Palestin Wafa.

Peneroka haram turut menyerang  penduduk Palestin di kampung Umm al Khair di Masafer Yatta selatan bandar Hebron dengan semburan gas, kata Wafa, memetik sumber keselamatan Palestin.

Dalam berita yang berkaitan pihak berkuasa Palestin berikrar untuk memberi sokongan yang lebih besar kepada NGO di Gaza dan memberi amaran bahawa 300,000 keluarga di wilayah yang terkepung itu semakin kritikal.

Pihak berkuasa mengadakan pertemuan dengan kira-kira 15 NGO dan kumpulan bantuan yang telah mengadu tentang peningkatan masalah untuk mengagihkan makanan dan keperluan lain di sekitar wilayah di mana israel telah melancarkan perang kejam selama lebih lapan bulan.

Walaupun Pihak Berkuasa Palestin, yang berpangkalan di Tebing Barat yang diduduki, hampir tidak mempunyai pengaruh di Gaza, menteri bantuan kecemasan pihak berkuasa Basil al Kafarna mengakui bahaya yang semakin meningkat dan berkata: “Kami di sini menyokong pertubuhan bukan kerajaan dan agensi untuk bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza.”

Beliau menekankan beberapa projek kerjasama termasuk dua platform dalam talian yang memantau daerah dan keluarga dalam kalangan 2.4 juta penduduk Gaza yang paling memerlukan dan membolehkan NGO membantu mereka.

SUMBER : TRT World

 

Related Articles

Back to top button