Semasa

Tiga Amal yang Boleh Mengubah Nasib

Sebagai umat Islam, kita wajib percaya kepada rukun Iman yang keenam, iaitu percaya kepada qada’ dan qadar.
Kita mempercayai apa sahaja yang berlaku di dunia ini adalah adalah ketentuan Allah SWT. Ada juga yang menggelar ketentuan ini sebagai takdir dan nasib.
Persoalannya adakah kita boleh mengubah nasib kita?

Allah SWT memang Maha Pengasih dan Penyayang, juga Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Berikut ini ini tiga amal yang boleh mengubah nasib berdasarkan hadis-hadis sahih dari kitab Shaihain dan Bulughul Maram.

1. Amal Kebaikan.

Rasulullah Saw bersabda, amal kebaikan boleh mengubah nasib buruk menjadi baik. Bahkan, usia boleh bertambah dengan amal kebaikan.

“Beramallah kamu sekalian, kerana beramal (berbuat kebaikan/ibadah) akan mengubah sesuatu yang buruk yang telah ditentukan-Nya padamu” (HR. Bukhari dan Muslim).

“Tiada yang dapat menambah umur seseorang, selain (amal) kebaikan.” (HR. Ahmad dan Thabrani)

2. Sedekah

Banyak hadis tentang manfaat sedekah. Selain  membuat harta jadi berkat, sedekah juga boleh mengubah nasib.

“Sesungguhnya sedekah itu dapat memadamkan kemarahan Allah dan menolak ketentuan yang buruk.” (HR. Tirmidzi).

“Bersegeralah bersedekah, kerana bala tidak pernah mendahului sedekah.” (HR. Thabrani).

“Sesungguhnya sedekah dan silaturahim itu dapat menambah umur dan menolak ketentuan buruk yang tidak disukai dan ingin dijauhi.” (HR. Abu Ya’la Alhambali).

3. Doa

Doa adalah senjata kaum mukmin, Doa harus mengiringi atau diiringi usaha dan tawakal. Kekuatan doa sangat besar kerana ia adalah permohonan kepada Yang Maha Besar, yakni Allah SWT.

“Tiada yang bisa menolak takdir Allah, kecuali doa.” (HR. Tirmidzi, Hakim, Ahmad, dan Ibnu Majah).

Related Articles

Back to top button