SEPANG : Kawasan perumahan Taman Warisan Bestari, Kota Warisan mula dibanjiri air akibat hujan lebat yang berterusan sejak 17 Disember lalu.
“Semasa saya baru pulang daripada Putrajaya, laluan masuk ke taman perumahan sudah dinaiki air tetapi masih boleh dilalui oleh kenderaan,” kata seorang penduduk taman perumahan di Kota Warisan itu.
Penduduk itu menambah, pada malam itu air sudah mula naik tetapi keadaan masih terkawal.
“Pada malam itu, ketua perumahan serta ajk terpaksa berjaga malam untuk melihat sama ada air pasang ataupun tidak, sekiranya berlaku, mereka akan membunyikan hon atau siren demi keselamatan penduduk di sini,” ujarnya lagi.
Menurut seorang lagi penduduk, mereka terpaksa menggunakan ‘jalan tikus’ atau alternatif yang hanya boleh dilalui oleh motosikal kerana laluan utama sudah ditenggelami air banjir.
Ini merupakan kejadian kali pertama berlaku di taman perumahan ini dilanda banjir yang teruk sehingga menyebabkan beberapa rumah mengalami kerugian.
Setakat ini, belum ada petanda yang banjir akan surut dan air masih berada pada paras lutut.
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today