Covid19Semasa

Tiada lagi penjarakan fizikal di masjid, surau

PETALING JAYA : Kerajaan memansuhkan peraturan penjarakan fizikal ketika menunaikan solat secara berjemaah di masjid surau yang akan berkuatkuasa bermula 1 April ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan berkenaan diambil susulan Malaysia akan beralih ke Fasa Peralihan Ke Endemik’bermula April ini.

“Ini isu besar yang diperkatakan oleh rakyat yang mahu rapatkan saf ketika solat Jumaat, selepas ini imam boleh katakan rapatkan saf dan tiada lagi perlu ada penjarakan satu meter.

“Namun, cadangan itu hanya tertakluk kerajaan pusat dan kerajaan negeri boleh menentukan keputusan itu berdasarkan penetapan Perlembagaan Persekutuan bahawa Agama Islam terletak dalam kuasa negeri,” tambahnya.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button