Covid19KesihatanSemasa

Tiada kluster baharu COVID-19 selama dua hari berturut.

Oleh : Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof

PUTRAJAYA : Malaysia mencatatkan penurunan kes positif COVID-19 semalam iaitu sebanyak 10,002 kes berbanding kelmarin, 12,380 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri. Dr. Noor Hisham Abdullah, pesakit COVID-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) merekodkan penurunan kepada 236 kes semalam berbanding 253 kes kelmarin.

“Jumlah pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan mencatatkan penurunan sebanyak 140 kes berbanding 157 kes kelmarin.

“Bagi kluster COVID-19, tiada kluster baharu direkodkan kelmarin sekali gus kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara kekal 6,940 kluster.

“Kluster aktif COVID-19 menurun kepada 173 kluster berbanding kelmarin, 181 kluster manakala jumlah kluster yang tamat sebanyak 6,767, kluster,” kata beliau.

Hari ini merekodkan sebanyak 89 kes daripada 10,002 kes positif COVID-19 adalah kategori tiga, empat dan lima manakala baki kes harian sebanyak 9,913 kes yang terdiri daripada kategori satu dan dua.

Sebanyak 85 kes bagi kategori ketiga, empat dan lima, 31 kes bersamaan 34.83% tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 34 kes atau 38.20% telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 24 kes iaitu 26.97% telah menerima dos penggalak.

Noor Hisham berkata, 51 kes bersamaan 57.30% berumur 60 tahun dan ke atas dan 60 kes iaitu 67.42% mempunyai komorbid.

Tambahan pula, kes kematian yang dilaporkan meningkat sebanyak 28 kes berbanding semalam iaitu 30 kes.

Rekod yang dicatat adalah setakat pukul 11 pagi hari ini dan berdasarkan maklumat yang dikemas kini melalui laman web COVIDNOW yang menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 35,127 kes.

Sebanyak tujuh daripada 28 kes bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 7,415 kes.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button