Covid19DuniaEkonomiSemasa

Tiada darurat, kegusaran pelabur reda

Elak indeks utama menurun drastik

KUALA LUMPUR: Keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menolak cadangan pengisytiharan darurat meredakan kegusaran pelabur dalam pasaran saham, sekali gus mengelak indeks utama mengalami penurunan drastik.

Meskipun situasi politik negara terus dalam keadaan tidak menentu, namun indeks penanda aras pasaran saham, FBM KLCI ditutup hampir tidak berubah semalam iaitu pada paras 1,494.61 mata.

Katanya, penarafan negara juga kemungkinan diturunkan susulan ketidakpastian politik, sekali gus meningkatkan kos pinjaman kerajaan serta menyukarkan kerajaan meminjam.

“Keyakinan pelabur dalam dan luar negara juga akan jatuh. Ini menyulitkan lagi usaha meningkat pelaburan keseluruhannya. Kadar pertukaran mata wang juga akan jatuh yang akan menyebabkan harga import meningkat dan menyebabkan peningkatan harga.” – Ahli ekonomi, Dr Nungsari Ahmad Radhi

“Dengan keputusan semalam, kita masih berdepan dengan dua masalah ini tetapi kejatuhan keyakinan yang akan berlaku dengan pengisytiharan darurat dielakkan,” katanya ketika dihubungi BH, di Kuala Lumpur semalam.

Tambahnya, pelabur dan pasaran modal mahu melihat kerangka dasar yang jelas dan stabil, kerangka tadbir urus yang berkesan serta pentadbiran negara yang cekap.

“Penggantungan Parlimen melemahkan kerangka tadbir urus negara tanpa memperbaiki dasar dan kecekapan pentadbiran,” katanya. – Berita Harian

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button