KerohanianSemasa

Tiada agama lain mampu kumpul penganut setiap masa & minggu – Dr Luqman Abdullah

Ini kekuatan persepaduan penganut Islam yang digeruni dunia

BANGI: Masjid menjadi tempat mengukuhkan ukhuwah umat Islam yang bersama-sama menunaikan solat secara berjemaah menjadikannya institusi terpenting umat Islam.

Masjid Quba, menjadi asas pembinaan masjid-masjid di seluruh dunia kerana ia adalah masjid pertama yang dibina dalam Islam ketika hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah didirikan atas asas ketakwaan pada Allah SWT seperti mana yang ditegaskan Allah SWT dalam firmanNya.

لَا تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا ۚ لَّمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَىٰ مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ ۚ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُوا ۚ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ 

 

Bermaksud: “Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). ” Surah At Tawba ayat 108

“Oleh itu, orang yang memakmurkan sesebuah masjid itu telah di iktiraf oleh Allah SWT sebagai seseorang yang betul-betul beriman.” demikian pengisian Bicara Mufti pada malam Maghrib akhir Karnival Perkampungan Ummah bersempena sambutan ulang tahun ke-22 Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Haji Abdullah sebentar tadi.

Masjid pada zaman Nabi Muhammad SAW juga berperanan sebagai tempat pengajian dan juga pentadbiran sebelum diasingkan fungsi pentadbiran pada zaman berikutnya. Oleh itu, masjid bukan sahaja menjadi tempat beribadah malah mesti diimarahkan dengan aktiviti bermanfaat yang pelbagai.

“Satu-satunya agama yang boleh kumpulkan seluruh umatnya di seluruh dunia pada setiap hari Jumaat hanya Islam. Ini kekuatan persaudaraan kita umat Islam yang digeruni oleh musuh,” kata Dr Luqman Haji Abdullah.

Jadi, kekuatan institusi masjid perlu digerakkan dan dikuasakan dengan pelbagai tujuan yang memberi manfaat kepada ummah disamping sebagai rumah beribadah kepada Allah SWT, tambahnya.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button