The Helmis terkejut gembira Malaysia Prihatin jadi tema
Nilai prihatin begitu dekat dengan jiwa
Tiada yang lebih bermakna daripada menjadi manusia bebas, merdeka di bumi bertuah, kerana sebahagian bumi dunia ini, penduduknya tersepit, terhimpit dengan pelbagai masalah yang mungkin tidak mampu diterima sesetengah manusia.
Bagi adik beradik, The Helmi’s – Heliza dan Hazwani Helmi mereka memanjatkan rasa syukur kerana semua yang dianugerah di Malaysia jauh lebih baik daripada lokasi aktiviti kemanusiaan yang pernah mereka lawati dalam misi-misi terdahulu.
UmmahToday mendapatkan daripada kaca mata mereka pengertian prihatin yang menjadi tema sambutan hari kemerdekaan negara ke-63, – Malaysia Prihatin!
Terkejut bercampur gembira! Satu pilihan yang amat tepat, Sebenarnya kedua-dua mereka baru sahaja berbincang, alangkah bagusnya sekiranya semua penduduk Malaysia menjadi manusia yang prihatin. Seolea-oleh apa yang dibualkan menjadi kenyataan.
Covid-19 telah mengwujudkan nilai prihatin dalam diri penduduk Malaysia dan nilai ini jugalah diharap menjadi kebanggaan Malaysia.
“Impian kami satu hari nanti semua rakyat Malaysia jadi orang yang prihatin, tiba-tiba tema tahun ini, Malaysia Prihatin, Masya-Allah macam E,h kami baru sebut.”
Di mana-mana tanggungjawab baik daripada pihak kerajaan, petugas barisan hadapan, sukarelawan, juga orang perseorangan memainkan peranan mereka yang tulus semasa sama-sama kita cuba menghentikan penularan wabak itu.
Rasa tanggungjawab kerajaan yang sentiasa memebri maklumat, perbelanjaan kesihatan, tidak kurang rakyat dan sukarelawan saling bekerjasama mengekang covid19 berleluasa menyedarkan pri pentingnya prihatin disuburkan.
Walaupun wabak masih berleluasa, keprihatinan untuk menjaga supaya orang lain tidak dijangkiti juga adalah satu tanggungjawab yang perlu diteruskan walau selepas wabak hilang.
Sementara itu, kebebasan sebenar itu kata Hazwani ialah apabila kita boleh membantu orang lain yang memerlukan.
Dalam misi-misi peduli ummah yang disertai beliau bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, Hazwani teruja mendekati insan-insan yang memerlukan.
Pada Jelajah Peduli Ummah ke Pulau Pinang, mendekati mereka yang kurang bernasib baik adalah satu yang bernilai baginya.
“Ada yang tiada tempat tinggal, tidak sihat, mujur kita ada Klinik Bergerak MAPIM, sebab mereka tidak boleh bergerak ke mana-mana sebab Perintah Kawalan Pergerakan, PKP.”
Mengimbau kembali tercetusnya Hazwani menceburi aktiviti kemanusiaan ialah melihat kakaknya, Heliza yang pergi ke luar negara seperti Syria sejak tahun 2011 lagi.
Namun kemuncak yang menyedarkan dirinya untuk tidak lagi menoleh ke belakang ialah, apabila Ahmad Ammar Ahmad Azam yang meninggal dunia di Turki pada 2013. A
nak muda yang mendapat penghormatan tinggi daripada kerajaan Turki ketika pengkebumiannya. Seorang insan yang banyak menghabiskan masa muda dengan menyertai aktiviti kemanusiaan malah mengharumkan nama Malaysia dan ummah.
“Ammar telah memberi hidupnya kepada orang lain, kisahnya memberi semangat kepada saya untuk berbakti kepada ummah”.
“Namun sebelum orang lain didahulukan, pedulikan rumah dahulu”.
Maksud Hazwani, berbuat baik dahulu kepada ibu bapa, adik-beradik, saudara mara dan kemudian prihatin itu diluas lebarkan kepada ummah.
Sikap prihatin yang menerusi tumbesaran berperingkat ini akan menjadi satu pengikat kepada aktivti-aktiviti kemanusiaan seterusnya dalam skla lagi besar.
Berpengalaman di medan gelora, bukan sedikit peristiwa yang telah dikongsi The Helmis. Malah sehinggakan mereka menyerah pada takdir kematian mereka dalam siri-siri misi yang dijalankan.
Justeru itu, mereka mengajak orang muda menjiwai rasa prihatin walau sekecil-kecil bakti kepada ummah dengan cara yang sesuai difikirkan mengikut kemampuan masing-masing, dengan satu matlamat membantu manusia.
“Ada juga yang mempunyai keinginan tetapi tidak berani, namun prihatin itu boleh juga dilakukan walau tidak ke lapangan kemanusiaan sebenar. Sekurang-kurangnya berkongsi di media-media sosial mengenai pelancaran dana dan sebagainya pun adalah satu contoh keprihatinan yang boleh dilakukan seseorang individu”.
Sebagai orang muda katanya rasa keprihatinan inilah yang boleh menyuburkan masyarakat apabila semua menjalankan peranan masing-masing di tanah air sendiri dan ummah diseluruh dunia amnya.
Sempena hari sambutan kemerdekaan hari ini, Hazwani dan Heliza mengucapkan Selamat Hari Merdeka Malaysia!