Thailand tetapkan peraturan baharu untuk mohon kerakyatan
BANGKOK : Dengan kriteria baharu kerajaan, permohonan kerakyatan Thailand semakin mahal.
Timbalan jurucakap, Rachada Dhnadirek, berkata kerajaan Kabinet Thailand menerima pakai peraturan baharu semalam yang mewajibkan warga asing, yang meminta kerakyatan Gajah Putih untuk lulus peperiksaan bahasa Thai yang ditadbir oleh jawatankuasa kecil.
Pemohon juga perlu menyediakan sijil daripada Kementerian Pendidikan yang membuktikan mereka telah menamatkan sekurang-kurangnya sekolah rendah di Thailand, menurutnya.
Pemohon perlu mempunyai pengetahuan bahasa Thailand di bawah garis panduan terdahulu.
Selain itu, kabinet bersetuju menaikkan harga permohonan dewasa daripada 5,000 (RM626) kepada 10,000 baht (RM1,252).
“Bagi bawah umur, harga permohonan antara 2,500 baht (RM313) hingga 5,000 baht (RM626),” jelasnya.
Hak untuk memiliki harta, keupayaan untuk bekerja di Thailand tanpa visa kerja, dan peluang memegang saham dalam perusahaan Thailand adalah kelebihan bagi mendapatkan kewarganegaraan Thailand.
-AGENSI
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM