InspirasiSemasa

Terima keputusan cemerlang SPM di Tanah Suci

MEKAH: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist Raub, Pahang, Nur Saffiyah Nasuha Ramlan memperoleh kegembiraan berganda di Tanah Suci apabila mendapat 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan pada Khamis.

Nur Safiyyah Nasuha, 18, bersyukur apabila terpilih menunaikan ibadat haji pada usia muda bersama 4 adik-beradiknya dan bertambah gembira ketika mendapat perkhabaran berjaya meraih keputusan cemerlang dalam SPM.

Berkongsi kegembiraannya, Nur Safiyyah Nasuha berkata ibu bapanya yang berada di Malaysia mengambil slip keputusan berkenaan dan menghubunginya secara panggilan video.

Saya agak terkejut kerana tak sangka rupanya saya pelajar cemerlang di sekolah,” katanya ketika dihubungi.

“Saya gembira kerana pertamanya dapat tunai haji pada usia muda dan pada masa sama mendapat keputusan cemerlang di bumi penuh barokah ini,” tambahnya.

Berkongsi kejayaannya, Nur Saffiyah berkata, rahsia kejayaannya ialah fokus ketika cikgu mengajar di dalam kelas dan menyiapkan kerja rumah mengikut masa ditetapkan.

“Saya tak ikuti tuisyen di luar. Apabila lepas Maghrib akan mengaji Al-Quran dan berdoa setiap masa agar cemerlang dalam akademik, siasah dan agama serta berjaya di dunia dan akhirat”, berkongsi rahsia kejayaannya.

Menurutnya, dia ingin melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan selain berminat ke universiti di Kanada.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button