“Terima kasih atas usaha galak rakyat bercakap tentang kesihatan mental” – WHO
KUALA LUMPUR : Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana menggalakkan rakyat Malaysia untuk bercakap mengenai kesihatan mental.
Memetik ciapan Khairy sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia, Dr Tedros menyeru setiap individu untuk berusaha ke arah penjagaan kesihatan mental berkualiti buat semua.
Thank you for your leadership and for encouraging the people of #Malaysia to talk about #mentalhealth, Health Minister @Khairykj. Together, for quality mental health care for all! #WorldMentalHealthDay https://t.co/n9691ujlai
— Tedros Adhanom Ghebreyesus (@DrTedros) October 10, 2021
“Terima kasih atas kepemimpinan anda dan usaha menggalakkan rakyat #Malaysia untuk bercakap mengenai #mentalhealth, Menteri Kesihatan @Khairykj. Bersama-sama, demi penjagaan kesihatan mental yang berkualiti untuk semua! #WorldMentalHealthDay,” ciap beliau.
Untuk rekod, Let’s TALK Minda Sihat merupakan satu kempen yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan yang dilancarkan pada 2019 dengan objektif untuk memberi galakan rakyat Malaysia mendapat sokongan dan bantuan dari segi penjagaan kesihatan mental.
Selain itu, ia juga menggalakkan anggota keluarga dan rakan-rakan memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan.