Semasa

“Terima kasih atas peluang diberikan untuk berkhidmat kepada negara” – Khairy

PUTRAJAYA : Seluruh kabinet bersepakat menyerahkan surat perletakan jawatan kepada yang Yang di-Pertuan Agong.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, ketika mengesahkan tindakan itu, menzahirkan penghargaan atas peluang yang diberi untuk berkhidmat kepada negara.

“Kabinet sudah menyerah peletakan jawatan kami kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Terima kasih atas peluang diberikan untuk berkhidmat kepada negara. Semoga Tuhan merahmati Malaysia,” katanya ringkas dalam status Instagram hari ini.

Terdahulu, Khairy bersama barisan Kabinet menghadiri mesyuarat khas yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Seri Perdana, Putrajaya.

-BH
Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button