BAITULMAQDIS: Tentera zionis secara ganas menyerang jemaah Palestin di dalam Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis yang mereka cerobohi pada malam Selasa dan memaksa serta menghalau ratusan jemaah yang sedang meraikan bulan suci Ramadan secara aman.
Berpuluh-puluh tentera laknatullah bersenjata lengkap menyerbu tapak, melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan ke dalam dewan solat Qibli – bangunan dengan kubah perak – di mana ratusan lelaki, wanita, orang tua dan kanak-kanak bermalam untuk berqiamullail. Beberapa saksi berkata peluru keluli bersalut getah turut dilepaskan.
Shocking eye witness footage from inside Al Aqsa mosque showing #IsraeliTerrorism zionist mercilessly attacking Palestinian Muslims while Itikaf #Ramadan https://t.co/sBoG6uZV71 pic.twitter.com/xgiNsPvj54
— Adli Effendy (@adlieffendy) April 5, 2023
Tentera israel kemudian memukul para jemaah berulang kali dengan belantan dan senapang dan mencederakan ramai jemaah.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) berkata mereka menerima banyak laporan mengenai kecederaan di Masjid al-Aqsa dan sedang mengerahkan pasukan mereka untuk merawat kesemua mangsa. Media tempatan berkata kecederaan antara kecederaan yang dihadapi adalah lebam, patah tulang dan sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata.
Seorang jurucakap PRCS memberitahu Al Jazeera bahawa para medik tidak dapat menbantu mangsa yang cedera di dalam al-Aqsa kerana mereka disekat oleh tentera israel.
The lsraeli aggression on the Al-Aqsa Mosque;
Huge numbers of lsraeli occupation forces break into Al-Qibli Prayer Hall and aggressively attack the Palestinian worshippers who were peacefully praying inside the mosque. pic.twitter.com/OHaydYHHZf— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) April 5, 2023
Video dari dalam masjid menunjukkan pegawai israel secara kejam memukul orang dengan belantan ketika mereka kelihatan terbaring di atas lantai. Sementara itu, tangisan meminta pertolongan daripada wanita dan kanak-kanak kedengaran di latar belakang.
Salah seorang jemaah wanita yang berada di tempat kejadian memberitahu media tempatan bahawa para wanita akhirnya dibenarkan keluar tetapi lelaki dipukul dengan kasar dan ditangkap.
After barbarically attacking them while praying, lsraeli occupation forces detain more than 200 Palestinian worshippers from the Al-Aqsa Mosque. pic.twitter.com/N1TjK9In0c
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) April 5, 2023
“Setiap seorang daripada mereka dipukul dengan kasar! Setiap lelaki!” katanya.
Pihak zionis berbohong dalam satu kenyataan bahawa mereka kononnya hanya menahan berpuluh-puluh ‘perusuh’ dari Masjid al-Aqsa untuk memulihkan keadaan.
Masjid tempatan di sekitar Baitulmaqdis menyeru orang ramai melalui pembesar suara untuk berhimpun di bandar dan menyokong mereka yang diserang di masjid.
Seorang penduduk Kota Lama, yang tidak mahu dikenali identitinya, memberitahu Middle East Eye bahawa bunyi jeritan boleh didengari di mana-mana di sekitar bandar itu.
“Baitulmaqdis sedang terbakar sekarang! Anda boleh mendengar bunyi bom tangan di mana-mana!” katanya.
“Kami boleh mendengar ambulans di seluruh bandar, keadaan amat genting.”
Selepas serbuan ganas itu, ratusan rakyat Palestin turun ke jalan di Tebing Barat yang diduduki untuk mengutuk serangan itu dan berhadapan dengan tentera zionis di pos pemeriksaan dan pos tentera. Perarakan juga dilaporkan di Gaza dan Umm al-Fahm, sebuah bandar Palestin di israel.
Roket juga dilepaskan dari Gaza ke arah israel dan tembakan ke arah sasaran israel dilaporkan di Nablus, Tulkarm, Hebron dan Ramallah.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank
Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia