PalestinSemasa

Tentera israel tahan & cederakan orang awam di Tebing Barat

RAMALLAH: Tentera israel menahan 27 rakyat Palestin dan mencederakan beberapa yang lain dalam serbuan besar-besaran di Tebing Barat, menurut sumber tempatan dan keselamatan.

Konvoi kenderaan tentera menyerbu kem pelarian Qaddura, bersebelahan dengan kompleks perubatan, di mana tentera memecah masuk ke dalam rumah keluarga seorang banduan yang berada di belakang bar israel selama 2 minggu, dan melakukan pencarian menyeluruh.

Tentera israel menyerbu rumah warga Palestin hampir setiap hari di seluruh Tebing Barat dengan alasan mencari warga Palestin yang ‘dikehendaki’ serta mencetuskan pertempuran dengan penduduk.

Serbuan ini, yang juga berlaku di kawasan di bawah kawalan penuh Pihak Berkuasa Palestin, dilakukan tanpa memerlukan waran geledah, pada bila-bila masa sahaja.

Menurut angka terkini Addameer, Persatuan Sokongan Tahanan dan Hak Asasi Manusia Palestin, kini terdapat 4,800 tahanan Palestin di penjara dan pusat tahanan israel, termasuk 170 kanak-kanak serta 29 banduan wanita.

Jumlah ini termasuk 967 rakyat Palestin yang diletakkan di bawah ‘tahanan pentadbiran’, yang membenarkan penahanan rakyat Palestin tanpa pertuduhan atau perbicaraan.

Penangkapan besar-besaran rakyat Palestin bukan perkara baru.

Menurut laporan 2017 oleh Addameer, sejak 50 tahun lalu, lebih 800,000 rakyat Palestin telah dipenjarakan atau ditahan oleh israel.

Kini, angka ini dipercayai hampir mencecah 1 juta. Ini bermakna kira-kira 40% lelaki dan kanak-kanak lelaki Palestin yang hidup di bawah pendudukan tentera telah dirampas kebebasan mereka.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button