RAMALLAH: Tentera israel telah menahan 22 orang rakyat Palestin, termasuk seorang paramedik, dari pelbagai bahagian di Tebing Barat yang diduduki, menurut sumber tempatan dan keselamatan.
Mereka berkata bahawa tentera israel muncul di sebuah rumah di kampung al-Mughayyir, timur Ramallah, melakukan pencarian menyeluruh termasuk menangkap seorang paramedik.
Sementara itu, tentera yang bersenjata menyerbu masuk ke bandar Biddu, barat laut Baitulmaqdis, menahan tiga yang lain dan menggeledah rumah keluarga mereka.
Israeli forces predawn Wednesday detained 22 #Palestinians, including a paramedic, from various parts of the occupied West Bank.#FreePalestine #IsraeliCrimes pic.twitter.com/kS8Jg9YEV6
— Wafa News Agency – English (@WAFANewsEnglish) December 14, 2022
Di selatan Tebing Barat, sumber mengesahkan serbuan di perkampungan at-Tabaqa dan Abu al ‘Asja, barat daya Hebron, menyebabkan 4 lagi ditahan.
Askar melakukan serbuan yang sama di bandar Dura, selatan Hebron, di mana mereka menangkap tiga orang lain dan menggeledah rumah mereka.
Israel has killed 53 Palestinian children this year alone.
Source: Defense for Children International – Palestine (DCIP).#FreePalestine #IsraeliCrimes pic.twitter.com/T4ts3QJKsO
— #Africa4Palestine (@Africa4Pal) December 13, 2022
Tentera yang mengawal pusat pemeriksaan di bandar Sa‘ir, timur laut bandar itu, menggari dan menahan seorang lagi.
Di daerah Nablus, konvoi kenderaan tentera menyerbu bandar Zawata, barat bandar itu, di mana askar menahan seorang lagi.
#BREAKING: Israeli occupation forces detained the Palestinian children Ez-Edin Mosleh and Ayham Mosleh while they were going back to their home in Nilin village, west of Ramallah city. pic.twitter.com/3UicFOqxkm
— Wafa News Agency – English (@WAFANewsEnglish) December 14, 2022
Mereka turut menahan tiga yang lain, satu dari Rafidiya, kejiranan di bahagian barat Nablus, satu lagi dari bandar Rujeib, tenggara bandar, dan satu lagi dari bandar Beita, selatan bandar.
Menurut angka terkini Addameer, Persatuan Sokongan Tahanan dan Hak Asasi Manusia Palestin, kini terdapat 4,760 tahanan politik Palestin di penjara dan pusat tahanan israel, termasuk 160 kanak-kanak serta 33 banduan wanita.
An Israeli soldier screams for joy because he hit a Palestinian who was carrying a stone.
Yes, world, this only happens in Palestine 💔 pic.twitter.com/lZ61QOSbXX
— ✌️🇵🇸✌️ Mohammed Najjar (@hamada_pal2020) December 14, 2022
Penangkapan besar-besaran rakyat Palestin bukanlah sesuatu yang baru.
Menurut laporan tahun 2017 oleh Addameer, sejak 50 tahun lalu, lebih 800,000 rakyat Palestin telah dipenjarakan atau ditahan oleh israel, angka ini kini dipercayai menghampiri 1 juta.
Ini bermakna kira-kira 40% lelaki dan kanak-kanak lelaki Palestin yang hidup di bawah pendudukan tentera telah dirampas kebebasan mereka. Hampir setiap keluarga Palestin pernah mengalami derita pemenjaraan orang yang mereka sayangi.
BACA JUGA
Remaja Palestin berusia 18 tahun mangsa korban tentera israel
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini