RAMALLAH : Tentera Israel menembak mati seorang remaja Palestin berusia 12 tahun di Tebing Barat yang dijajah oleh mereka pada Rabu (28/7/2021).
Memetik berita Reuters, remaja tersebut ditembak tentera israel ketika berada di dalam kereta yang dipandu oleh ayahnya di Beit Ummar, Tebing Barat.
Militer Israel mengakui salah seorang tenteranya melepaskan tembakan ke arah kereta itu kerana menganggap kenderaan itu terlibat dalam aktiviti yang mencurigakan sehari sebelumnya.
“Kami sedang menyiasat tentang seorang anak Palestin di bawah umur terbunuh akibat tembakan itu,” kata militer Israel.
Kementerian Kesihatan Palestin mengatakan, remaja tersebut tertembak di dada. Dia meninggal beberapa jam setelah dibawa ke hospital berdekatan.
Militer Israel memaklumkan, pasukan di tempat kejadian menyaksikan dua lelaki menghampiri kawasan itu dengan kereta tersebut pada hari sebelumnya.
Kedua-dua lelaki itu keluar dari kereta dan kemudian menggali tanah sebelum meninggalkan tempat kejadian.
Tentera Israel lantas mendekati tempat kejadian dan selepas memeriksanya, mereka menemukan dua beg, salah satunya berisi mayat bayi yang baru lahir.
Datuk Bandar Beit Ummar Nasri Sabarneh mengatakan sebuah keluarga menguburkan anak perempuan mereka yang baru lahir di daerah itu.
“(Tentera Israel) menyerbu kuburan dan menggali kuburan itu beberapa jam selepas pengebumianya,” kata Sabarneh kepada berita rasmi Palestina, Wafa.
Pada esoknya, tentera Israel melihat apa yang mereka yakini sebagai kenderaan sama yang terlibat semasa pengebumian itu.
“Pasukan berusaha menghentikan kenderaan dengan prosedur standard termasuk berteriak dan melepaskan tembakan amaran ke udara,” kata tentera Israel.
“Ketika kendaraan tidak berhenti, salah seorang tentera menembak ke arah kenderaan tersebut bagi menghentikannya,” sambungnya.
Tentera Israel kini sedang menyiasat insiden tersebut. — KOMPAS