Semasa

Tentera Israel bunuh seorang warga Palestin di Tebing Barat

RAMALLAH : Tentera Israel telah membunuh seorang warga Palestin semasa pertempuran di Tebing Barat semalam, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Menurutnya, mangsa ditembak di kepala ketika bertempur dengan tentera Israel di dusun utara Beita dan meninggal dunia akibat kecederaannya di sebuah hospital di Nablus.

Media Palestin melaporkan mangsa yang ditembak adalah Jamil Abu Ayyash, 31, berasal dari Nablus di Tebing Barat.

Pengarah jabatan kecemasan di Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, Ahmed Jibril, , memberitahu Middle East Eye bahawa tentera Israel mencederakan lebih 70 rakyat Palestin semasa demonstrasi.

Beita telah menjadi lokasi protes berterusan terhadap pertumbuhan jajahan Yahudi dengan penduduk kampung membantah sejak Mei terhadap pos penempatan Eviatar yang dibina bersebelahan tanpa kelulusan Israel.

Tentera Israel dalam satu kenyataan berkata, pihaknya “sedia maklum” mengenai laporan kematian seorang warga Palestin, selain menegaskan “rusuhan ganas dicetuskan di kawasan pos Givat Eviatar, selatan Nablus.”

“Beratus-ratus rakyat Palestin membaling tayar dan batu terbakar ke arah tentera Israel bagi mempertahankan diri apabila tentera Israel bertindak ganas ketika menyuraikan suruhan,” katanya.

Di Tebing Barat, kira-kira 475,000 peneroka Israel tinggal di enklaf berkubu yang menempatkan lebih 2.8 juta penduduk Palestin tidak termasuk Baitulmaqdis timur.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

 

Related Articles

Back to top button