DuniaSemasa

Tehran berdepan kemarau terburuk sepanjang 50 tahun

TEHRAN : Dengan penurunan jumlah hujan bulanan sehingga 97 peratus berbanding tahun lalu, kini ibu negara Iran berdepan kemarau terburuk dalam tempoh separuh abad, kata seorang pegawai sumber air semalam.

Menurut Timbalan pengarah syarikat pembekalan air di rantau itu, Mohammad Shahriari, Tehran merekodkan hanya 0.4 milimeter (mm) hujan sejak 23 September lalu berbanding 14.3 mm dalam tempoh yang sama pada 2020.

“Air bawah tanah dan air di permukaan berada dalam keadaan kritikal dan tidak pernah berlaku kemarau seperti ini sejak 50 tahun lalu,” katanya pada Agensi Berita Pelajar Iran.

Lima empangan yang membekalkan air ke ibu negara Iran adalah kurang daripada satu pertiga daripada kapasitinya, dan menampung hanya 477 juta meter padu bukannya dua bilion meter padu.

Pada September tahun lalu, rizab itu memegang 729 juta meter padu air.

Penggunaan air dalam sektor pertanian telah meningkat sebanyak 14 peratus berbanding tahun lepas manakala, lapan peratus untuk industri.

Sementara itu, tambah Shahriari, penjanaan hidroelektrik menurun sebanyak 40 peratus dalam tempoh enam bulan lalu.

Merujuk laporan berita Daily Sabah, Tehran menampung jumlah penduduk sehingga kira-kira sembilan juta orang.

Pada bulan Julai, protes yang meragut sejumlah nyawa berlaku di wilayah Khuzestan yang dilanda kemarau selepas orang ramai turun ke jalan raya untuk melepaskan kemarahan mereka terhadap kekurangan bekalan air.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button