Taufan Ida: 40 terkorban di timur laut AS akibat banjir
WASHINGTON : Lebih 40 orang maut akibat hujan lebat, banjir dan puting beliung yang melanda timur laut Amerika Syarikat (AS) pada Rabu dan Khamis, kesan daripada taufan Ida.
Rakaman video di media sosial pada Rabu memaparkan kesan taufan Ida yang membawa hujan lebat di luar jangkaan, sehingga mengakibatkan banjir di stesen kereta api bawah tanah dan menenggelamkan kediaman serta kenderaan, sesuatu belum pernah terjadi sebelum ini.
Gabenor New Jersey Phil Murphy mengumumkan pada Khamis bahawa 23 orang terkoban sejak aufan kategori 4 itu yang melanda Louisiana, di wilayah selatan AS pada Ahad.
“Sebahagian besar mangsa maut disebabkan terperangkap dalam kenderaan masing-masing dan dihanyutkan air” kata Murphy dalam ciapan Twitternya.
Sementara itu, 12 orang dilaporkan terkorban di bandar New York, kata Datuk Banda Bill de Blasio.
Mangsa terdiri daripada empat wanita, tiga lelaki dan seorang kanak-kanak lealki berusia dua tahun yang dijumpai di ruang bawah tanah dalam kejadian berasingan di Queens, menurut laporan NBC, memetic kenyataan Pesuruhjaya Jabatan Polis New York Dermot Shea.
Ramai penumpang turut terkandas semalaman di stesen kereta api bawah tanah New York, menurut media tempatan.
Central Park di bandar New York mencatat 3.15 inci hujan dalam tempoh satu jam pada Rabu, melebihi bacaan sebelum ini iaitu 1.94 inci ketika ribut tropika Henri melanda pada 21 Ogos.
Dalam pada itu, tiga lagi orang dilaporkan terkorban di Pennsylvania, satu di Maryland dan satu lagi maut di Connecticut.
Pihak berkuasa turut menemui mayat seorang penduduk Virginia yang dilaporkan hilang dalam banjir awal minggu ini.
Di wilayah Philadelphia, beberapa jalan ditenggalami lumpur, dan perkhidmatan kereta api serta bas turut ditangguhkan, menurut laporan CNN, memetic kenyataan pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan negeri Randy Pandfield.
Oleh Hafeez Anuar