DuniaSemasa

Tarawih pertama di New York untuk umat Islam

MANHATTAN, NEW YORK : Buat pertama kalinya, ratusan umat Muslim di sana telah menunaikan ibadah solat tarawih di Times Square, pada Sabtu lepas.

Penganjur acara tersebut, yang ingin dikenali sebagai SQ, telah mengagihkan sebanyak 1,500 hidangan kepada para jemaah yang telah menghadiri acara itu dari seluruh Amerika Syarikat (A.S) malah sehingga ke Montreal, Kanada.

Menurut SQ, Mereka berada di sini untuk menerangkan apa itu Islam kepada orang awam terutamanya orang bukan Islam.

“Islam adalah agama keamanan,” kata beliau.

Walau bagaimanapun, hal ini menimbulkan kebimbangan kepada beberapa anggota masyarakat Islam di sana dan telah menyuarakan kebimbangan mereka  terhadap acara solat tarawih yang diadakan di tengah bandar New York.

Hal ini berikutan, tragedi 9/11 yang menggemparkan seluruh dunia, dan media ketika itu menyatakan serangan yang dibentuk adalah berpunca dari umat Islam.

Berikutan kejadian tersebut sikap warga New York dipengaruhi oleh persepsi mereka kepada umat Islam dan acara tarawih pada malam itu menghadapi tentangan daripada kumpulan masyarakat.

Beberapa warga New York yang beragama Islam mendakwa bahawa acara solat tarawih yang dianjurkan di situ tidak akan merapatkan jurang umat Islam dan masyarakat kerana kehadiran papan iklan gergasi yang sering memaparkan imej yang kurang sopan.

Akan tetapi, SQ berharap tontonan solat berjemaah akan dapat membantu orang bukan Islam mempelajari tentang agama Islam.

Bagi umat Islam, bulan suci Ramadan adalah dimana mereka berpuasa dari fajar hingga senja, yang bermula pada matahari terbit pada Sabtu lepas di kebanyakan kawasan Timur Tengah.

-AGENSI

Diterjemah Oleh: Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button