KUALA LUMPUR : Beberapa penduduk sekitar di Taman Bukit Permai 2, Ampang yang terkesan dengan insiden tanah runtuh semalam, mula berpindah disebabkan risau tentang keselamatan mereka.
Sebahagian kejiranan di kawasan tersebut sudah berpindah seperti yang telah diarahkan oleh pihak polis sejak insiden yang berlaku pada petang khamis.
Bagi mereka yang kediamanya tidak terjejas, namun hampir dengan Kawasan runtuhan, mereka mengambil masa untuk mengeluarkan barang yang penting dan mengemas sebelum keluar daripada rumah tersebut.
Hasil tinjauan menunjukan segelintir penghuni yang tinggal sekitar 50 meter dari kawasan tanah runtuh tersebut masih lagi berada di rumah masing-masing.
Bagaimanapun, tiada kerja-kerja pembersihan dan menyelamat dilakukan setakat pagi ini, namun beberapa agensi penguatkuasaan seperti polis dan bomba masih ditempatkan di tapak runtuhan sejak semalam.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut melakukan lawatan ke tapak runtuhan kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
-AGENSI
Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today