BanjirSemasa

Tanah runtuh: Laluan Mantin-Seremban ditutup sementara

SEREMBAN: Kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di Jalan Mantin Batu 8 mengakibatkan laluan Mantin-Seremban bagi kedua-dua arah terpaksa ditutup sementara bagi kerja pembersihan serta pemotongan batang pokok besar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mantin, Priscilla Carol Thomas berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 1:06 pagi tadi dan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan hanya menyebabkan laluan utama terputus iaitu bagi kedua-dua arah Mantin-Seremban yang melalui Bukit Mantin terhalang,” katanya kepada Bernama.

Ketika ini Bomba, Polis, JKR dan MBS sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan. Kredit foto J.Arul Kumar

Katanya, anggota turut membuat pemantauan sekiranya terdapat pergerakan tanah yang boleh mengakibatkan kejadian tanah runtuh berulang.

Beliau berkata pihak berkuasa tempatan juga ke lokasi kejadian bagi membantu pembersihan tanah dan batu yang runtuh, manakala penduduk setempat dinasihatkan berjaga-jaga di kawasan tersebut. – BERNAMA

MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Bersama kami membantu mangsa yang terkesan akibat banjir melalui sumbangan infaq menerusi

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
Akaun Maybank 562263540066

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button