DuniaSemasa

Raja Jordan gesa Israel beri kehormatan buat umat Islam beribadah

AMMAN : Raja Jordan, Abdullah, menyeru Israel menghormati dan memberi ruang kepada umat Islam untuk beribadah di Masjid Al-Aqsa ujarnya ketika mesyuaratnya dengan Kementerian Pertahanan Israel.

Mesyuarat yang berlangsung pada Selasa lalu merupakan sebuah usaha bersama bagi meredakan ketegangan antara Israel dan Palestin menjelang bulan Ramadan.

Raja Abdullah menegaskan keamanan perlu dikekalkan bagi menghormati hak Muslim untuk beribadah di Masjid Al-Aqsa.

Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz, menyatakan ada beberapa langkah yang dirancang bagi memberi kebebasan untuk beribadah di Baitul Maqdis, Judah dan Samaria (Tebing Barat).

Namun, kenyataan itu tidak memaklumkan langkah yang diambil bagi memberi ruang beribadah di Baitulmaqdis, yang menjadi titik ketegangan antara warga Palestin dan Israel.

Mesyuarat itu berlangsung selama dua hari di Palestin bersama Menteri Luar Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Maghribi, Mesir serta Sekretariat Negara Amerika Syarikat.

Diterjemah oleh : Izzul Nazaruddin, wartawan pelatih UiTM Shah Alam

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button