Semasa

Tamatnya riwayat badak sumbu tertua di dunia

ROME : Toby, badak sumbu tertua di dunia, meninggal dunia pada usia 54 tahun di zoo  utara Itali.

“Nonno Toby” yang bermaksud  Atuk Toby  disahkan meninggal dunia pada 6 Oktober. Jantungnya terhenti ketika Toby ingin kembali ke tempat tidurnya pada waktu malam yang telah disediakan khas daripada pihak zoo tersebut.

Menurut AP, Toby akan diawetkan dan dipamerkan di muzium sains Muse di Trento, dan dipamerkan bersama dengan Blanco, singa putih  meninggal lima tahun lalu, kata jurucakap Zoo, Pennacchioni.

Badak putih biasanya  mampu untuk hidup sehingga mencecah usia 40 tahun apabila ditawan manakala, 30 tahun di alam liar.

Sebelum kematian Toby, badak sumbu betina Sugar pada tahun 2012  juga telah meninggal dunia. Parco Natura Viva dan satu badak putih  Benno, berusia 39 tahun sahaja yang masih ada di zoo berkenaan

Toby merupakan badak sumbu selatan dan satu daripada lima spesies badak yang tidak dianggap terancam, dengan anggaran populasi sekitar 18 000 badak sumbu putih, menurut WWF.

Oleh : Shazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button