Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman kembali menjadi tumpuan pengunjung

KUALA TERENGGANU :Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman (TRZK) kembali menjadi tumpuan selepas hampir dua tahun ditutup berikutan penularan wabak Covid-19.
Memandangkan aktiviti rentas negeri dibenarkan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Juzman Ibrahim bertitah kehadiran pelawat cukup memberangsangkan dengan purata 2,000 orang setiap hari.
“Disebabkan pengurangan harga yang diberikan oleh MPK pada masa ini iaitu RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak sehingga akhir tahun, kami menyasarkan jumlah kunjungan sebanyak 200,000.”
“Untuk menarik lagi perhatian pengunjung, kami akan memperbanyakkan bilangan haiwan melalui program pertukaran dengan Zoo Melaka serta menambah pakej menyusuri Sungai Yak Yah bagi memerhati kawasan paya bakau dan kelip-kelip,” katanya.
TRZK yang dibuka pada Ogos 2009 menampilkan 589 haiwan termasuk 433 spesies burung, 84 spesies mamalia, dan 72 spesies reptilia, amfibia dan ikan.
Beliau berkata MPK selaku pengendali zoo sentiasa memantau pematuhan pelawat terhadap prosedur operasi standard (SOP), seperti daftar masuk dengan aplikasi MySejahtera, bacaan suhu badan, memakai pelitup muka dan program sanitasi berkala di kawasan yang sesak untuk mencegah penularan Covid-19 di zoo.
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM