DuniaSemasa

Taliban menukar Ak-47 dengan senjata buatan Amerika yang mereka rampas

Senjata Amerika lebih tepat

KABUL : Beberapa orang pejuang Taliban menukar Kalashnikov AK-47 Rusia dengan senjata Amerika Syarikat (AS) yang dirampas ketika kerajaan Afghanistan runtuh.

AK-47 telah lama menjadi senjata utama bagi kelompok militan karena binaannya yang kukuh.

Video dan gambar yang dipamerkan oleh Taliban di Twitter dan di tempat lain menunjukkan pejuang Taliban membawa carbine M4 dan M16, yang dibuang oleh tentera Afghanistan.

Gambar lain menunjukkan pasukan Taliban merampas kenderaan yang ditinggalkan.

Senjata Amerika Syarikat lebih tepat dan memiliki jangkauan yang lebih jauh berbanding AK-47 yang biasa mereka gunakan. Tetapi, dengan bersandarkan senjata sahaja tidak memberikan banyak kelebihan di medan perang.

“Senjata berat mungkin berguna jika mahu melemahkan semangat panglima perang lawan, tapi itu saja,” kata Grant Newsham,  kolonel bersara Korps Marinir Amerika Syarikat.

“Mereka sudah melakukannya dengan baik dengan apa yang mereka miliki (senjata).”

Dengan keadaan senjata buatan Amerika di tangan Taliban saat menghancurkan Tentara Nasional Afghanistan, yang didanai dengan bilion dollar oleh Amerika Syarikat selama dua dekad terakhir, adalah propaganda kudeta bagi para militan.

Kebanyakkan AK-47 di Afghanistan adalah buatan sendiri, dan selebihnya adalah sisa dari 10 tahun pendudukan Soviet yang berakhir pada 1989.

AK-47 itu pertama kali dikeluarkan selepas Perang Dunia Kedua, berdasarkan senjata ciptaan Jerman.

Sementara senjata Amerika Syarikat dapat digunakan oleh Taliban selama bertahun-tahun, kerana bekalan  amunisi yang melimpah. Peluru 5.56mm bahkan tersedia untuk pemilik senjata awam di Amerika Syarikat.

.

Related Articles

Back to top button