KABUL : Menayangkan sebarang kandungan siaran menampilkan pelakon wanita kini diharamkan di saluran televisyen Afghanistan berikutan garis panduan baharu yang dikeluarkan pihak berkuasa Taliban.
Menurut Kementerian Penggalak Kebajikan dan Pencegahan Maksiat, Taliban turut meminta wartawan televisyen wanita memakai tudung semasa menyiarkan laporan mereka.
Selain itu, menurut jurucakap kementerian, Hakif Mohajir, pihak kementerian turut menghalang saluran televisyen menyiarkan filem atau program menggambarkan Nabi Muhammad atau tokoh agama lain yang dihormati
Larangan tersebut sekali gus mengharamkan filem atau program yang bertentangan dengan ajaran Islam dan nilai kebudayaan Afghanistan.
“Ini bukanlah peraturan, sebaliknya hanya garis panduan keagamaan,” katanya kepada AFP.
-AGENSI
Oleh Hafeez Anuar