Semasa

Taliban bersetuju untuk program imunisasi polio WHO di Afghanistan.

Kabul : Buat pertama kalinya sejak 2018, agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersedia memberi vaksinasi kepada semua kanak-kanak di bawah umur lima tahun di Afghanistan untuk melawan polio.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),  keputusan itu dibuat setelah Taliban bersertuju dengan kempen tersebut.

Taliban telah melarang pasukan vaksinasi yang dianjurkan PBB bagi melakukan kempen dari rumah ke rumah di wilayah kawalan mereka selama tiga tahun sebelumnya.

Ini kerana Taliban mengesyaki  mereka sebagai perisik kerajaan Afghanistan atau negara-negara Barat pada masa itu.

Pengarah pembasmian polio WHO untuk wilayah Mediterranean Timur Dr Hamid Jafari, mengatakan arahan pihak berkuasa. Taliban adalah langkah penting dalam usaha pembasmian polio.

“Afghanistan dan Pakistan mempunyai sangat sedikit kes polio. Pada Januari tahun ini, Pakistan dan Afghanistan hanya mengesan satu kes polio.

Di Afghanistan, kempen imunisasi terakhir kami berlangsung pada bulan Jun.

“Program vaksinasi tidak sampai ke hampir 3.3 juta kanak-kanak yang tinggal di daerah yang dikendalikan Taliban selama tiga setengah tahun sebelumnya, keranaTaliban pada masa itu melarang vaksin dari rumah ke rumah di wilayah itu, atas alasan keamanan,” katanya di Islamabad pada hari Selasa.

Taliban telah menunjukkan bahawa mereka bersedia bekerjasama dengan agensi asing bagi memulihkan saluran bantuan antarabangsa untuk menyelamatkan ekonomi negara yang tenat.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Isnin, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memuji keputusan kepemimpinan Taliban bagi menyokong pengenalan semula imunisasi polio dari pintu ke pintu di seluruh negara.

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button