KemanusiaanPalestin

“Takkan sentuh satu sen pun bantuan Gaza!”: HAMAS

Pengagihan secara telus & tidak berat sebelah

GAZA : Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (HAMAS) berikrar tidak menyentuh ‘satu sen pun’ bantuan antarabangsa untuk membina semula Gaza susulan serangan negara pengganas Israel yang merosakkan wilayah yang diperintahnya.

Ketua Sayap Politik kumpulan itu, Yahya Sinwar menjanjikan pengagihan bantuan secara telus dan tidak berat sebelah selepas serangan 11 hari ditamatkan.

Usaha diplomatik sedang dilakukan bagi mengukuhkan gencatan senjata yang rapuh di Mesir yang menghentikan serangan, dengan rancangan membina semula Semenanjung Gaza di mana serangan udara Israel merosakkan infrastruktur dan meratakan bangunan.

“Kami mengalu-alukan sebarang usaha antarabangsa atau Arab untuk membangun semula Semenanjung Gaza. Saya menegaskan komitmen kami untuk tidak mengambil satu sen pun yang bertujuan untuk pembinaan semula dan usaha kemanusiaan. Kami tidak pernah mengambil satu sen pun pada masa lalu,” – Ketua Sayap Politik Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (HAMAS) / Yahya Sinwar

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Bandar Gaza.

Semalam, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken berkata, semua bantuan akan diberikan dengan cara yang menguntungkan rakyat Palestin.

Israel – yang telah melakukan sekatan darat dan maritim di wilayah Palestin sejak tahun2007 – mendakwa HAMAS mengalihkan bantuan antarabangsa bagi tujuan ketenteraan.

Seorang pegawai Kementerian Pertahanan Israel berkata, semua dana ke Gaza harus bergerak melalui ‘mekanisme’ antarabangsa untuk sampai ke penduduk secara langsung.

Pada serangan lalu yang berlaku di antara 10 Mei dan 21 Mei, serangan udara dan tembakan artileri Israel, membunuh 254 penduduk Palestin, termasuk 66 kanak-kanak dan beberapa pejuang, kata pihak berkuasa di Gaza.

Sementara itu, roket dari Gaza pula meragut 12 nyawa di Israel, termasuk seorang kanak-kanak. – AGENSI

****

MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button