PHONM PENH : Hanya kerana tidak puas hati dengan majikan, seorang pekerja bertindak melepaskan seekor singa belaan majikannya keluar ‘bersiar-siar’ di sekitar Phonm Penh.
Menurut pemilik singa tersebut, Xinjiang, singa yang diberi nama Hei Man Hei Man dilepaskan oleh bekas pekerjanya yang tidak berpuas hati kerana dipecat.
“Pekerja tersebut telah dipecat kerana menipu dan sebagai balasan, dia telah melepaskan Hei Man,” ujarnya.
Telatah Hei Man bersiar-siar di sekitar bandar raya berjaya menarik perhatian penduduk sekitar sehingga ramai yang mengambil gambar serta video haiwan tersebut sebelum dikembalikan kepada pemiliknya.
Sementara itu, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, menetapkan syarat kepada pemilik singa itu sebelum dikembalikan.
Justeru, Xinjiang bersetuju untuk menjaga haiwan eksotik itu dengan betul dan meletakkannya di dalam kandang yang sepatutnya.