Kementerian Kewangan hari ini menyiarkan senarai penuh projek rundingan terus yang membabitkan 101 projek.
Dalam satu kenyataan media, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata dua hari lalu beliau telah diminta berkongsi projek-projek yang disebutkan ketika mendedahkannya di Dewan Rakyat.
Sehubungan itu atas dasar mendokong urus tadbir yang baik, dan demi ketelusan pentadbiran kerajaan, beliau dalam satu kenyataan akhbar 16 muka surat, menyenaraikan dalam lampiran, tajuk perolehan beserta nama syarikat yang terlibat mengendalikan projek-projek berkenaan.