PALESTIN: Beberapa orang rakyat Palestin termasuk 2 orang kanak-kanak telah dibebaskan setelah ditahan di penjara pendudukan oleh tentera israel.
Mahkamah tentera israel ‘Ofer’ membebaskan dua saudara Palestin, Mursi dan Mohammed Abdulkhaleq selepas 8 hari ditahan di belakang penjara pendudukan.
The Israeli military court of 'Ofer' releases two Palestinian brothers Mursi and Mohammed Abdulkhaleq, from Qalqilya's town of Azzoun, after 8 days of detention in Israel's jails, today. pic.twitter.com/5y7FerFH2R
— Quds News Network (@QudsNen) January 9, 2023
Tambahan lagi, pendudukan israel tiba-tiba membuat keputusan untuk membebaskan tahanan Palestin Yousef Ziad Nazzal dari bandar Qabatiya, selatan Jenin, selepas 16 tahun ditahan di penjara penjajahan israel, menurut pejabat penerangan banduan israel.
The Palestinian detainee Yousef Nazzal embraces freedom and reunites his family and friends after spending 16 years behind occupation jails. pic.twitter.com/LIC8sKmvtC
— Wafa News Agency – English (@WAFANewsEnglish) January 9, 2023
Penduduk Palestin termasuk keluarga dan rakan rapat merayakan pembebasan tahanan Yousef Nazzal, dari kota Qabatiya di Jenin.
Selain itu, mahkamah pendudukan israel juga telah menjatuhkan hukuman penjara 5 bulan kepada kanak-kanak lelaki Palestin Adam Al-Rajbi, dari Baitulmaqdis yang diduduki.
Adam Al-Rajbi merupakan seorang kanak-kanak yang ditahan oleh pendudukan israel di rumahnya, di kejiranan Batn Al-Hawa, Baitulmaqdis tahun lalu.
🇵🇸 Pengadilan Zionist Yahudi telah menjatuhi hukuman anak laki-laki Palestina Adam Al-Rajbi, dari Al-Quds yang diduduki, 5 bulan penjara. 💔
Hasbunallaahu wa ni'mal wakiil
Semoga Al-Rajbi senantiasa dalam perlindungan Allah Subhana Wa Ta'Alla
Aamiin. 🤲#FreePalestine ❤🇵🇸 pic.twitter.com/NdRQrVMgGF— Isti_F (@IFyou_611) January 9, 2023
Pihak Berkuasa Penjara israel telah memindahkan 40 tahanan Palestin dari Penjara Hadarim ke kurungan bersendirian di Nafha, selepas banduan itu mengumumkan tindakan protes akan datang kepada mereka kerana hukuman dan sekatan israel terhadap kehidupan mereka.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini