DuniaPalestin

Tahanan Jordan paling lama di penjara Israel, dibebaskan

Jalani hukuman 21 tahun

AMMAN: [VIDEO] Setelah menjalani 21 tahun hukuman penjara, tahanan dari Jordan,  Abdullah Abu Jaber dibebaskan pada Selasa, (8 Jun)

Abdullah adalah tahanan yang berasal dari Palestin. Bagaimanapun beliau tidak memiliki kad pengenalan Palestin, merupakan tahanan dari Jordan paling lama meringkuk di dalam penjara Israel.

Jaber tiba di Palestin sebelum Intifada Al-Aqsa pada tahun 2000 dengan izin kerja. Namun, pasukan Israel menahannya dengan tuduhan menentang tentera Israel.

Jordanian prisoner Abdullah Abu Jaber to be | Roya News

Berdasarkan kumpulan yang mementingkan urusan tahan, 21 orang Jordan telah ditahan di Israel.

Dalam kenyataannya kepada saluran televisyen kerajaan TV Al-Mamlaka, sejurus selepas pembebasan,  dia memohon untuk usaha pembebasan tahanan yang lain di penjara Israel.

Kenyataan itu ada alasannya kerana Abu Jaber menggambarkan keadaan penahanannya sebagai “satu pengalaman yang sangat sukar”.

Anggota keluarganya yang juga aktivis pembebasan tahanan Israel, Mustaafa Abu Jaber berkata kepada  Anadolu Agency, Abu Jaber akan  diiringi dengan beberapa kenderaan sempena meraikan pembebasannya.

“Abu Jaber akan dibawa ke kediamannya di kem pelarian Baqa’a di ibu kota Amman,” –  Mustafa Abu Jaber /  aktivis dan sepupu tahanan yang dibebaskan

Pada tahun 1994, Jordan dan Israel telah menandatangani perjanjian damai Wadi Araba yang mengakhiri keadaan perang antara kedua-dua negara sejak perang Arab-Israel pertama pada tahun 1984.

Oleh : Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM – Arif Ikhwan 

 

****MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU

menerusi Akaun Maybank

Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi

menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button