Dunia

Israel larang wanita Palestin untuk berjumpa keluarga di Gaza

Pihak berkuasa Israel menghalang seorang wanita Palestin yang baru dibebaskan dari penjara untuk berjumpa kembali dengan keluarganya di Semenanjung Gaza yang diceroboh sehingga menimbulkan kemarahan.

Nisreen Abu Kameel, 46, adalah warganegara Palestin dari Israel yang dilahirkan di Haifa tetapi mengahwini lelaki Palestin yang tinggal di Gaza, dan dikurniakan tujuh anak.

Setelah ditahan selama enam tahun kerana didakwa mengintip, Abu Kameel dibebaskan pada Ahad dari penjara Damon.

Pada hari yang sama, dia menuju ke persimpangan Erez antara Israel dan Gaza, tetapi dilarang oleh pihak berkuasa Israel dengan alasan bahawa warga Israel tidak dibenarkan memasuki wilayah Palestin yang disekat.

Dia menghabiskan malam Ahad di Erez untuk tunjuk perasaan, lapor media Palestin, sementara keluarganya masih menunggu di seberang.

“Saya telah berkahwin selama 20 tahun di Gaza, dan adalah hak saya untuk kembali ke rumah saya dan bertemu semula dengan suami dan anak-anak saya,” kata Abu Kameel kepada Al-Jazeera. “Saya menunggu hari dan menghitung jam untuk kembali kepada mereka.”

Abu Kameel bertemu suaminya, Hazem Abu Kameel, 50 tahun, sebelum Intifada Kedua yang bermula pada tahun 2000, ketika dia bekerja sebagai buruh harian di Israel.

Ketika itu, Semenanjung Gaza belum berada di bawah sekatan darat, udara dan laut yang dipimpin Israel, dengan penempatan Israel di kawasan itu.

Nisreen ditangkap oleh pihak berkuasa Israel pada tahun 2015, atas tuduhan bahawa dia mengintip kumpulan Palestin di Semenanjung Gaza, dan mengambil gambar pelabuhan Haifa semasa lawatan terakhirnya ke kota itu pada tahun 2014.

Nisreen dan keluarganya telah menolak tuduhan pengintipan sehingga dirinya menerima hukuman penjara.

Nisreen kini kembali ke kampung halamannya di Haifa menunggu untuk mendapat kebenaran masuk ke Semenanjung Gaza, yang telah dikepung sejak 2007.

Warga Palestin yang menetap di Israel, yang merupakan 20 peratus daripada populasi negara itu, adalah keturunan mereka yang tinggal di Palestin bersejarah ketika kebanyakan penduduk Palestin diusir atau melarikan diri semasa penubuhan negara Israel pada tahun 1948, juga dikenal sebagai Nakba.

Kini, terdapat 36 wanita Palestin yang ditahan di penjara Israel, menurut kumpulan hak tahanan Addameer.

-Middle East Eye

Oleh Hafeez Anuar

_____________________________________

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button