PalestinSemasa

Israel dihalang daripada menyertai kejohanan Hoki Ais Dunia

Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa [IIHF] telah menghalang Israel daripada menyertai kejohanan dunianya untuk memastikan “keselamatan dan kesejahteraan” semua peserta, termasuk warga israel.

“Majlis IIHF mengambil keputusan ini selepas pertimbangan yang teliti dan berdasarkan penilaian risiko, perbincangan dengan negara yang mengambil bahagian dan perbincangan dengan tuan rumah,” kata persekutuan itu dalam satu kenyataan.

Israel akan kekal dikecualikan “buat masa ini”, kata IIHF.

Kemudian, Persatuan Hoki Ais Israel berkata ia akan membuat bantahan terhadap keputusan IIHF kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan [CAS].

“Keputusan diskriminatif untuk mengecualikan Israel adalah langkah luar biasa dan sangat serius yang tidak memenuhi mana-mana standard sukan antarabangsa dan bercanggah sepenuhnya dengan nilai Olimpik,” kata satu kenyataan persekutuan Israel yang dikeluarkan oleh kedutaan negara itu di Paris.

SUMBER : TRT World

 

Related Articles

Back to top button