Semasa

Lima orang terbunuh, 34 cedera dalam serangan peluru berpandu Houthi

ADEN : Lima orang terbunuh dan 34 yang lain cedera dalam serangan peluru berpandu Houthi di bandar Marib pada hari Rabu, menurut agensi berita negara SABA.

Menurut sumber tempatan dan perubatan, peluru berpandu itu mengenai bangunan tentera di kawasan kejiranan al-Matar pada hari Rabu.

Bandar Marib ialah benteng terakhir kerajaan Yaman di utara. Ia berada di kawasan pengeluar tenaga di mana terdapat banyak konflik pada tahun lepas.

Apabila kedua-dua pihak meningkatkan aktiviti ketenteraan, inisiatif gencatan senjata yang diketuai PBB di Marib telah dimungkiri.

Save the Children, sebuah pertubuhan kemanusiaan, menyatakan 28 orang telah terbunuh atau cedera, dan undang-undang antarabangsa mesti dipatuhi dalam pertempuran tujuh tahun Yaman.

Dalam ciapan akaun Twitternya menyatakan, orang ramai mesti diselamatkan daripada konflik yang tiada kesudahan.

Houthi telah melancarkan banyak serangan peluru berpandu dan dron ke Arab Saudi, yang mengetuai pakatan menyokong perjuangan kerajaan menentang Houthi, serta dua serangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Emiriah Arab Bersatu, yang merupakan ahli perikatan.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pakatan yang diketuai Saudi telah meningkatkan serangan ke atas wilayah yang dikuasai Houthi di Yaman.

-AGENSI

Related Articles

Back to top button