PalestinSemasa

Lubnan lancar lebih 30 roket ke israel

BAITULMAQDIS: Serangan lebih 30 roket dilancarkan dari Lubnan ke utara israel pada Khamis, selepas rejim israel mencetuskan pencerobohan 2 hari berturut-turut ke atas jemaah di Masjid Al-Aqsa Baitulmaqdis Timur, menurut laporan media tempatan.

Sekurang-kurangnya 30 roket ditembakkan ke wilayah Galilea di utara israel. Lima daripadanya melanggar jalan raya dan bangunan serta selebihnya telah dipintas oleh sistem pertahanan udara israel.

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri israel, Benjamin Netanyahu mengesahkan, ia sedang mengawasi perkembangan situasi keselamatan negara haramnya dan akan melakukan penilaian bersama ketua agensi berkaitan.

Media Lubnan melaporkan israel telah memberi tindak balas dengan meriam dan serangan udara.

Susulan tindak balas dilancarkan Beirut, Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (INFIL) menggesa semua pihak supaya bertenang.

“Keadaan semasa agak serius dan langkah segera untuk meredakan situasi tersebut perlu diambil segera bagi mengelakkan ia menjadi lebih buruk,” kata jurucakap pasukan itu yang melakukan rondaan di kawasan sempadan antara Lubnan-israel.

Ini adalah serangan balas roket ke utara israel di atas kebiadapan rejim itu menyerang muslim di Aqsa. Sebelum itu, perang penuh antara israel dan Hizbullah, kumpulan Lubnan yang disokong Iran, pada 2006.

Insiden itu berlaku beberapa jam selepas pasukan polis israel menyerbu untuk hari ke-2 berturut-turut di perkarangan Masjid Al-Aqsa di Kota Lama Baitulmaqdis Timur, menembak tong gas dan bom tangan mengejut kepada jemaah Muslim.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Related Articles

Back to top button