Semasa

PM buat laporan polis akaun telegram digodam

Individu yang menerima mesej palsu daripadanya diminta mengabaikannya

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)  susulan akaun peribadi Telegram dan Signal miliknya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Tweet Perdana Menteri melalui twitter rasminya pada 9:19 pagi Selasa

Pejabat Perdana Menteri, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan akaun itu dipercayai digunakan bagi aktiviti jenayah penipuan dan meminta individu yang menerima mesej daripada akaun tersebut untuk mengabaikannya serta membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Individu yang menerima mesej daripada akaun ini diminta mengabaikannya kerana ia adalah mesej palsu daripada individu yang menyamar sebagai Perdana Menteri.”

“Individu yang telah menjadi mangsa penipuan kewangan dan lain-lain, hendaklah melaporkannya segera kepada PDRM dan SKMM bagi membantu siasatan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan rasmi Pejabat Perdana Menteri

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button