Semasa

Mamat Khalid meninggal dunia

IPOH : Industri seni tanah air dikejutkan dengan pemergian seorang pengarah tersohor Mamat Khalid yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Slim River, awal pagi tadi.

Berita dukacita itu dikongsikan menerusi hantaran di laman Facebook Din Dressa.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Mamat Khalid telah meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Slim River.

“Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Kehilangan Allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar dalam industri perfileman negara dengan karya beliau yang tidak pernah gagal mencuit hati penonton namun mempunyai mesej yang mendalam tentang isu masyarakat dan kritikan sosial.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), (Dr.) Sani Araby Al-Kahery turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

 

(Dr.) Sani Araby Al Kahery, Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia

“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman,” katanya.

 

 

Related Articles

Back to top button