Semasa

Pasukan jurutera Mesir membantu pembinaan semula Gaza

Lebih 500 juta peruntukan dari kerajaan Mesir

Cairo : Serangan israel terhadap Gaza pada akhir Ramadan lepas telah mengakibatkan 254 orang penduduk Palestin terkorban. Manakala 1500 buah rumah pula musnah akibat pengeboman pesawat dan drone tentera rejim.

Ia mengakibatkan 17000 orang kehilangan tempat tinggal dan kerugian dianggarkan mencecah 150 juta.

Mesir melalui Presiden Abdel Fattah El Sisi telah mengarahkan pasukan jurutera dan teknikal, yang dilengkapi dengan truk dan kenderaan pembinaan berat bagi memasuki Gaza, dan membantu membina kembali  kawasan yang musnah.

Untuk tujuan itu, kerajaan Mesir telah memperuntukkan sebanyak 500 juta bagi membina dan membantu pembangunan kembali Gaza.

Pihak berkuasa Palestin mengesahkan 50 buah kenderaan bantuan dari Mesir sudah memasuki Gaza melalui Rafah. Laluan Rafah adalah satu-satunya laluan masuk yang tidak dikuasai oleh Israel. Di mana penduduk Palestin menyambut bantuan itu dengan berbaris di jalanan.

Jurucakap pihak Hamas, Hazem Qassem menyatakan penghargaan mereka atas sumbangan pihak Mesir atas usaha bantuan itu.

Sebelum ini, pihak Mesir menjadi perantara penting gencatan senjata antara pihak rejim dan Hamas.

————–
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

 

 

Related Articles

Back to top button