PalestinSemasa

Eid berdarah, remaja 17 tahun terkorban di Tebing Barat

JERICHO: Seorang remaja berusia 17 tahun meninggal dunia akibat cedera parah yang dialaminya selepas ditembak dengan peluru hidup oleh tentera israel, lapor kementerian kesihatan.

Jibril Mohammed al-Ladda, meninggal dunia awal pagi Ahad akibat kecederaan yang dialaminya di kepala berikutan pencerobohan tentera di kem pelarian Aqabat Jaber, selatan Jericho.

Kredit Foto Twitter WAFA News Agency

Enam yang lain juga cedera akibat ditembak dan 3 daripadanya cedera parah. Mereka telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan perubatan.

Ketua Persatuan Tahanan Palestin (PPS) di Jericho, Eid Barahmeh, memberitahu WAFA bahawa tiga orang telah ditahan oleh tentera israel semasa pencerobohan tentera, termasuk Setiausaha Agung Fatah Ahmad Jehad Abu al-Asal.

Pihak berkuasa penjajah israel meneruskan serbuan untuk hari ke-10 berturut-turut dengan mengenakan sekatan tentera di semua pintu masuk menuju ke bandar Jericho, di tengah-tengah pencerobohan berterusan di kem pelarian Aqabat Jaber berdekatan.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button